Thursday 11 August 2011

Rasuk (2011) DVDRip


Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati.
Arman, seorang pengarah fotografi bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut yang cukup indah dan tenang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.

Setelah kejadian itu Melati berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu. Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut. Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama ‘mati’. Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Dia sebenarnya telah dirasuk oleh roh jahat yang cuba untuk membalas dendam yang secara tidak sengaja telah di’bangkit’kan oleh Melati. Keadaan bertambah rumit apabila Melati diganggu makhluk itu semasa ketiadaan Arman. Melati telah di cabul tanpa disedari. Akibat dari itu, Melati tidak bermaya dan tubuh badannya terdapat kesan-kesan lebam. Doktor berpendapat yang Melati miliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru lalu menuduh semua yang berlaku adalah angkara Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menidakkannya kerana Mail membantunya ketika dia dalam keadaan di’ganggu’.

Pengarah : S. Baldev Singh
Syarikat Penerbit : White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. dan Sri Saheb Production Sdn Bhd
Penulis : S. Baldev Singh
Cerita Asal : S. Baldev Singh
Penulis Skrip : Ikhzal Ideris
Lakonan :
Fouziah Ghous : Melati (Pelakon Utama)
Iqram Dinzly : Arman (Pelakon Utama)
Sidek Hussain : Pak Mail (Pelakon Utama)
Fauziah Nawi : Zaiton (Pelakon Utama)
Khir Mohd Noor : (Artis Jemputan)


Single link : http://www.filesonic.com/file/1643979554
Single link : https://rapidshare.com
Single link : http://freakshare.com
Single link : http://www.wupload.com/file/87227090
Single link : http://www.megaupload.com/?d=SZLHUM6I

Hotfile
Part 1 : http://hotfile.com
Part 2 : http://hotfile.com
Part 3 : http://hotfile.com
Part 4 : http://hotfile.com

Mediafire
Part 1 : http://www.mediafire.com
Part 2 : http://www.mediafire.com
Part 3 : http://www.mediafire.com
Part 4 : http://www.mediafire.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Official Facebook

Credit to