Tuesday 27 September 2011

Cinta Ku 120km/j


Rahmat ialah seorang mekanik kereta yang menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Automasi. Kawannya, Aril yang mahu menjadi seorang artis telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan menetap bersama Rahmat. Aril memujuk Rahmat untuk berkongsi perniagaan menjual barang secara car boot sales. Mereka selalu berlumba dengan Zizie, musuh utama perniagaan mereka untuk mendapatkan tapak niaga yang strategik. Zizie telah mendapatkan bantuan kawan baiknya, Sheila seorang drifter untuk berlumba dengan Rahmat.


Rahmat dan Sheila bagaikan buku bertemu ruas tetapi mereka memendamkan perasaan kerana permusuhan perniagaan. Selepas mengetahui Sheila terlibat dalam bidang hiburan, Aril cuba berbaik dengan Sheila sehingga mereka menjadi pasangan kekasih. Rahmat cuba membalas cinta Asmina namun perasaannya tidak dapat dibendung lagi apabila Sheila mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dengan melanjutkan pelajaran di luar negara. Akhirnya, Rahmat nekad membuktikan cintanya selaju 120km/j bagi mengejar cintanya agar tidak lari dari dakapannya.

Pelakon : Zizan, Siti Saleha, Wawa, Izzue Islam, Wan Sharmila, Cat Farish.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Official Facebook

Credit to